Posts

Showing posts from February, 2017

Anniversary ke4

Image
Pic macam zaman dolu dolu hahahaha  Alhamdulillah.. Dah 4tahun kawin.. Dan alhamdulillah akhirnya Allah bagi Muaz.. Lengkap lah hidup 3beranak. 4tahun kawin banyak suka duka Gaduh tok sah kira la.. Memang banyak kali sangat Dari masalah nak kenal satu sama lain.. Sebab kitorg kenal setahun terus kawin.. 3bulan lepas kenal En. Azhan ajak kawin.. Lepas tu masalah kewangan.. Allah je yang tahu.. Tambah plak En. Azhan berenti kerja sebab pindah duduk sini. Bila dah duduk sini, cari kerja tak dapat dapat Akhirnya, buat keputusan meniaga.. Tapi.. Bersyukur sebab banyak hikmahnya.. Dan bersyukur sebab semuanya semakin hari semakin baik En. Azhan memang jenis tak minat nak calebrate ni Aku pulak biar tengah sengkek macam mana pun mesti nak calebrate Hahahahah kontra sangat.. End up.. Kelmarin, kitorang tak calebrate. Aku cuma btau yang hari tu hari anniversary kitorg. En. Azhan suh masak, boleh buat doa selamat.. Dengan 3beranak je.. Tapi letih plak.. ...

Masak Lemak Udang - versi senang tapi sedap

Image
waaaahhh.. yakinnya aq.. versi senang tapi sedap.. huhu.. tapi memang senang maklum la.. orang malas.. aku tau sedap sebab En. Azhan makan sampai betambah jadi 3pinggan.. chia chia chia.. Bahan-bahan: Udang sederhana besar  20ekor kunyit hidup 1ruas jari kelingking (aku guna serbuk  kunyit je) halia 1ruas ibu jari bawang merah 5biji bawang putih 3ulas serai sebatang cili padi (ikut suka nak pedas mana) asam keping santan 1/2 kotak (kecik) minyak 3sudu air garam gula Cara-caranya: Blend bawang merah, bawang putih, halia & kunyit(untuk yang guna kunyit hidup). aku main tumbuk je.. supaya tak halus sangat. lagi pun aku malas nak cuci blander tu. bahan yang dah kena bland atau tumbuk tadi dan serai kita tumis bagi naik bau. lepas tu, tuang air, dalam 2 cawan. biarkan sampai mendidih. sape yang guna serbuk kunyit boleh masukkan serbuk kunyit masa ni. dah mendidih masukkan santan, asam keping, garam dan gula. last sekali masukkan udang. ...

Jom Kenal Keputihan dan Penyelesaian

Image
🌷Jom Kenal Keputihan ; Tips Penyelesaian🌷 😊Keputihan adalah sesuatu yang normal. 😯Kecuali apabila terdapat jangkitan. 🌷Warna dan sifat keputihan yang mempunyai jangkitan: 1. Berwarna kekuningan atau kehijauan bermakna 2. Bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi 3. Berbau hanyir 4.Terdapat radang dan kegatalan pada alat sulit 🌷Punca perubahan Keputihan: 1. Akibat perubahan hormon. 😉Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid. 😳Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya 2.Akibat perubahan mental 😵Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan. So.. Sila kawal tahap stress kita ye.. 3. Ada jangkitan. 😱 Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vag...