Hari Bersama Muaz

Hari paling best ialah hari Sabtu.
Hari sabtu a.k.a Hari Bersama Muaz.
Tak ada hp kecuali untuk mesej atau call orang tertentu contohnya seperti Ayahnya Muaz.

Kenapa?
1. Sebab nak fokus dengan Muaz.
2. Sebab Muaz selalu tengok hp dan mamy bila mamy pegang hp (buat hati serba salah).
3. Sebab nak ajar Muaz ORANG DI DEPAN INI ADALAH LEBIH PENTING BERBANDING ORANG D HP.no

Aktiviti Muaz dah betambah.
Dulu dia selalu jadi pemerhati dan sembang dari dalam rumah je.
Kalau keluar pun kena dokong je.

Sejak minggu lepas, dia boleh join kat luar. Pakai walker... Jangan marah ye Ibae Zaini

Mamy jemur kain. Muaz join. Keluar je, terus pegi bunga.. Satu satu pasu dia ziarah. Dalam hati mamy dia "habislah bunga aq yg sikit ni". Tapi biarkan, tengok apa dia nak buat. Ooo ok, boleh dipercayai. Sebab dia tak rentap bunga tu. Dia cuma pegang nak rasa.
Tak tau sama ada memang budak kicik pegang macam tu ke apa. Yang aq tau memang dari dia kecik dulu selalu cakap "kesian bunga... Bla bla bla"

Masa cuci lantai halaman rumah pun dia join, habis dengan dia sekali basah. Tak apa, lepas keje boleh mandi.

Bila meimei si kucing and family datang, memang feveret muaz. Sebab dia suka kacau meimei (part buat baik ngan meimei memang susah nak ajar, sebab aq selalu gaduh dengan meimei). Dulu memang tak bagi sentuh or dekat. Fikir balik "sampai bila? Mesti dia nak rasa macam mana bulu kucing" so mamy muaz biarkan.
Risau kalau dia masukkn tangan dalam mulut, tapi setakat ni kalau kotor dia tak masukkan dah. Mamy dia kata "Muaz, dirty" sambil pegang tangan dia bagi turun. Banyak kali ulang baru berjaya. Bak kata kawan aq, budak budak ni kena ulang 100kali baru dorang ingat.

Esok..
Hurm, kita atur jadual untuk aktiviti esok.

Nak isi minda bawah sedar dia dengan nilai positif. Itu adalah susah yang tak mustahil.

Comments

Popular posts from this blog

Puri Labu

Update Bilik Mandi Muaz

Masak Lemak Udang - versi senang tapi sedap