Projek Hidup Secara Minimalisme

Assalamualaikum.
hari ni nak update pasal projek kehidupan kitorang.
May b pada orang lain mende ni dah lama dijadikan life style.
tapi untuk kitorang especially aku la kan..
Style hidup minimalisme ni bende baru.

Bende ni aku tejumpa masa tengok youtube,
sebelum ni aku cuma tau dekorasi rumah gaya minimalis,
rupanya life style pun ada jugak cara minimalis ni..
so.. sekarang kita tengah menjalani kehidupan secara minimalis.
ni update untuk 1st week kitorang.

1. Minima kan barang-barang dalam rumah.
minggu ni aq start dengan pakaian dan semua stuff dalam bilik kerja.
Pakaian aku asingkan mana yang kitorang masih pakai dengan yang dah tak pakai.

Pakaian yang kitorang masih pakai :
Gantung atau lipat ikut kategori pakaian n ikut kaler.
contoh: baju kerja, baju solat (tuk husband aq), baju jalan, baju rumah
lepas asingkan ikut kategori pakaian, aku susun ikut kaler plak.

Pakaian yang dah tak pakai :
aku asingkan 2  kategori.
1. Yang masih boleh guna.
Ni aku donate kan.

2. Baju yang dah tak boleh guna.
Mana yang boleh recycle, aku recycle.
Aq lebih suka guna pakaian lama jadi kain lap kaki banding beli kat kedai.
Sebab senang nak cuci.. ooppss..
Yang kat kedai pun senang nak cuci jugak sebenarnya,
terpulang pada masing-masing..

yang memang dah rosak nak recycle pun tak boleh tu,
aku bakar.. sebab nak buang macam tu je kat tong sampah tak boleh la plak kan..
lama pakaian tu berkhidmat.. tak sesuai dia duduk bersama sampah..
at least dah jadi abu, kita boleh buang ke laut.. huhu..
bagi aku laaa..

2. Minimalis pada pemakanan.

Makan luar
Sebelum ni kitorang makan kat luar seminggu may b dalam 4 kali.
kadang tu lebih..
alasannya bz, x sempat nak masak huhu
bak kata mak aku "kalau malasa tu, cakap je la malas"
ok la.. alasan tepatnya malas lah kan..
kalau rajin tu, biar pun bz tetap je boleh masak.
so, alhamdulillah sebelum ni aq dah praktis masak hampir setiap hari..
sekarang masih dalam proses.
seminggu 1kali je kitorang makan kat luar.
setiap kali fikiran nak makan kat luar tu datang aq cepat-cepat fikir:
"minimalisme lifestyle" terus perasaan nak makan kat luar tu hilang. alhamdulillah.

4 Hari protein dari tumbuhan. 3 hari protein dari haiwan.
Bukan nak jadi vagetarian pon..
Cuma nak hidup pemakanan yang lebih sihat.
Prof Muhaya kata protein dari tumbuhan lebih baik berbanding protein dari haiwan.
Sebab tu la aku nak ubah gaya pemakanan kitorang pelan-pelan.
Plus lagi gaya pemakanan macam ni bukan je sihat kat badan,
rupanya sihat pada beg duit gak..

3. Minimalis dalam perbelanjaan

Dalam entry sebelum ni, aku ada share pasal cara nak susun budget bulanan kita
ok.. ni aku share linknya..
https://akucumasiti.blogspot.com/2018/03/tips-mengubah-kedudukan-kewangan-anda.html

so, budget bulanana aku memang susun cenggini,
tak 100%, memang aku ubah sikit la kan.. tang % nya tu..
so, aku just follow je,,

cuma masalah aku sebelum ni,
bila nafsu datang..
keinginan nak membeli dan membelah duit pun bermula..
masa tu la duit simpanan jadi mangsa..
tapi, tak pe.. teruskan usaha.
ada perubahan sikit pun alhamdulillah..

yang bagusnya, bila minimalis dalam berbelanja ni,
kita akan belanja bende perlu.
bende tak perlu kita tak beli.
so kesannya rumah pun tak la menimbun barang yang akhirnya perlu dibuag jugak..

satu lagi, minimalis dalam perbelanjaan ni bagi kesan pada simpanan kita.
daripada membeli belah, duit tu kita dapat simpan..
tu yang best tu..
SERONOKKAN TENGOK DUIT DALAM BANK MAKIN BANYAK..
huhu..


ok.. next time aku update lagi..
salam....








Comments

Popular posts from this blog

Puri Labu

Update Bilik Mandi Muaz

Masak Lemak Udang - versi senang tapi sedap